HERBA MAHARANI

-- Pesanan dari Syarikat Sahajidah Hai-O Marketing --

AWAS PRODUK TIRUAN!!

BELI HANYA DARI AGENT YANG BERDAFTAR!!

Semua produk yang kak Mawar jual diambil direct dari HQ dan stokis Hai-O berdaftar. Tidak perlu lagi rasa was2 akan ketulenannya.

Penggunaan produk yg original akan memberikan hasil yang optimum dalam masa yang singkat. Tiada kesan sampingan kerana produk original tiada bahan2 terlarang.
Semoga kita semua diberi rezeki kesihatan dan penyembuhan oleh Allah S.W.T.

-Diamond Sales Manager Mawar-

--------------------------------------------------

Assalamualaikum readers yg dikasihi sekelian..

Kak Mawar doakan semoga korg semua sentiasa di bawah lindungan dan rahmat Allah sentiasa ya.. :)

Hari ni kak Mawar nak share dgn korg semua tentang kehebatan herba MAHARANI HAI-O. Korg pernah terfikir tak kenapa org2 Cina sangat arif pasal herba2 tradisional ni?

Seperti yang kita sedia maklum, org2 Cina mmg sgt mengambil berat pasal kesihatan. Ia adalah umpama kekayaan yg paling bernilai.

Kita pun tahu, kesihatan tidak boleh dibeli dengan wang ringgit. So, jagalah kesihatan diri seawal mungkin ya..

Ok, berbalik kpd perubatan Cina tadi, pengetahuan mereka mengenai herba2 memang sgt hebat. Sehingga sekarang org masih yakin dan mengambil herba2 ini sebagai rawatan alternatif kpd ubat2 hospital.

Korg tau tak.. kalau zaman dulu2, even Maharani China sendiri mengambil herba2 tradisional utk menjaga kesihatannya.

Pastu ramuan ni sangat2 dirahsiakan sebab kononnya hanya maharani sorang jer yang boleh sihat dan cantik pada waktu tu.

Tapi sekarang, pakar perubatan, pakar sejarah dan pihak saintis telah mengkaji kandungan herba yang sungguh hebat ni... dan ramuan yang eksklusif ni telah diperturunkan kpd kita melalui herba Maharani Hai-O. Haa... best tak korang ? 

Oklah korang..., utk nak mudahkan korg cari info pasal herba eksklusif Maharani ni, kak Mawar dah letak menu seperti di bawah. Korang just klik jer kat menu2 ni yer....

MENU

  1. PENGENALAN
  2. SEJARAH
  3. KANDUNGAN
  4. KHASIAT
  5. CARA PENGAMBILAN
  6. TESTIMONI
  7. HARGA DAN CARA ORDER
  8. AGENT DIPERLUKAN

 

 

 

PENGENALAN

Ok korang.. This is a bit of story pasal herba Maharani Hai-O :-

  • Ia dikenali sebagai Te Zhi Bai Feng Wan.
  • Ianya adalah keluaran Beijing Tong Ren Tang.
  • Beijing Tong Ren Tang  merupakan tanda perniagaan yg bersejarah melebihi 300 tahun di China
  • Tong Ren Tang Te Zhi Bai Feng Wan adalah diperakui sebagai ‘Produk Terkenal di China’ pada tahun 1994.
  • Juga diiktiraf sebagai ‘Spesis Ubat Herba Yang Terpelihara’ pada tahun 1998.
  • Pengiktirafan HALAL oleh Pertubuhan IFANCA (China Islamic Association – badan Islam luar negara yg diiktiraf oleh JAKIM)
  • Diluluskan oleh Jabatan Kawalan Dadah Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia (MAL20014419T)
  • Menggabungkan 20 jenis ramuan herba terpilih yang bernilai dgn pati ayam hitam sbg ramuan utamanya.

 

Pil herba ni adalah kecil2 sebesar biji lada hitam. Ia dibungkus secara kedap udara di dalam bekas plastik yang disaluti lilin.

Bebola lilin ni diisi pula dlm bekas seperti kotak cincin. Bekas ini pula di packing kemas dlm kotak.

Apperance packaging dia memang hi-end, cantik dan eksklusif.

Tujuan utama ialah utk mengekalkan quality dan kesegaran pil2 herba tadi melalui beberapa peringat pembungkusan.

Tiada bahan pengawet dalam pil herba ni. So, once korang dah buka salutan lilin tu tadi, pil herba ini kena dihabiskan dalam masa 2 minggu. Kalau tidak, ia akan kembang dan berkulat.

Setiap bekas lilin mengandungi 50 biji pil. Kalau korang makan sehari 10 biji, meaning, 5 hari dah boleh habis satu bekas kecil tu.

So no need to worry lah kalau pil tu berkulat atau rosak. Unless kalau korg terlupa nak habiskan dalam masa 2 minggu lah.. hihi..

Back to MENU

 

 

 

SEJARAH

Sebenarnya, pengambilan herba utk kecergasan badan sudah menjadi amalan keluarga diraja sejak 400 tahun dahulu.

Dan cerita dibawah ni adalah kisah benar dan telah didokumenkan di istana larangan Beijing.

Mengikut rekod perubatan dari Dinasti Ming, Bai Feng Wan berasal dari Dinasti Tang.

Semasa pemerintahan Dinasti Qing, pakar dari hospital maharaja telah melakukan kajian dan memperbaiki kandungan 'Wuji' (sejenis ayam hitam) Bai Feng Wan iaitu satu produk asli negeri China dan seterusnya melantik Tong Ren Tang sebagai pembekal tunggal kepada kaum kerabat Maharaja.

Maharani Ci Xi sendiri telah mengambil herba tersebut sebagai penyubur dan awet muda.

Seterusnya Tong Ren Tang Te Zi Bai Feng Wan sehingga hari ini telah dipamerkan dalam muzium Istana Larangan di China.

Pada masa tu, Maharaja ada 3000 gundik at one time (boleh imagine tak, kalau seorang tiap malam pun, seorang gundik hanya akan berjumpa Maharaja sekali dalam hampir 10 tahun!!).

Dan tabib akan memastikan gundik-gundik ni berjumpa Maharaja di hari-hari yang tidak subur so that Maharaja hanya akan ada anak dengan Permaisuri sahaja.

 

Nak dijadikan cerita, adalah seorang gundik ni, Maharaja mesti nak jumpa dia setiap minggu dan nama beliau adalah Ci Xi.

Dah tiap minggu jumpa, maka Ci Xi pun mengandung dan akhirnya melahirkan anak lelaki.

Semasa anak dia 8 thn, Maharaja gering dan mangkat. Oleh kerana anak-anak Maharaja dengan Permaisuri semuanya perempuan, maka anak Ci Xi diangkat menjadi Maharaja.

Jadi ibu Maharaja baru di panggil Maharani. Sebab itulah herba amalan Maharani Ci Xi ini di panggil Herba Maharani - kerana hasil amalan memakan herba inilah, Maharaja asyik dok teringat-ingat je kat dia! Haa.. amacam korang kalau suami asyik teringat-ingat je kat kita?

Maharani Ci Xi mangkat di usia 90 tahun dan yang paling mengejutkan, baginda masih lagi datang haid.

Maksudnya dia tak di mamah usia kerana hormon kecantikan (estrogen) yang masih lagi tinggi pengeluarannya.

Well, herba Maharani ni telah menjadi amalan seorang gundik yang paling disayangi Maharaja Dinasti Ming (Maharaja dikatakan mempunyai lebih dpd 3000 orang gundik dalam satu-satu masa).

Jika gundik lain hanya boleh bertemu Maharaja setiap 5-10 tahun sekali (mengikut giliran), gundik bernama Ci Xi ni berulang-ulang kali sebulan dilawati oleh Maharaja.

Haaa.. Tak ke itu adalah petanda yang Herba Maharani ni sangat berkesan kepada sifat dan sistem kewanitaannya?

Akhirnya gundik yang disayangi Maharaja ni mendapat segala2nya seperti seorang Permaisuri.

 

Back to MENU

 

 

 

KANDUNGAN

Baik.. jom kita tengok pula apa kandungan herba hebat ini. Herba Maharani ni mengandungi lebih dari 20 jenis ubat tradisional yang berharga seperti:

  • Pati ayam hitam
  • Concha Ostrea Gigas
  • Cornu Cervus Nippon
  • Radix Astragalus Membranaceus
  • Radix Panax Ginseng
  • Rhizoma Cyperus Rotundus
  • Radix Angelica Sinensis
  • Radix Paeonia Lactiflora
  • Radix Rehmannia Glutinosa
  • Rhizoma Ligusticum Chuanxiong
  • Radix Salvia Miltiorrhiza
  • Rhizoma Dioscorea Opposita
  • Radix Glycyrrhiza Uralensis

 

Sedikit info mengenai kandungan utama herba Maharani ni:-

"Ayam wuji - Gallus Gallus Domesticus" - Ia adalah sejenis burung/ayam liar yang hidup dalam 4 musim dikawasan pergunungan China.(paruh , tulang , daging , & kaki - warna hitam) kecuali bulunya warna putih mutiara. Disembelih mengikut cara Islam dan diproses seterusnya dikukus. Patinya akan diambil dan dipekatkan.

"Tanduk Rusa - Cornu Cervus Nippon." - Tanduk rusa yang dihaluskan menjadi serbuk. Membantu memberi tenaga dan dapat merembes hormon seks wanita.

"Tulang sotong - Os Sepiella Maindroni" - Tulang sotong yang kaya dengan kalsium membantu menguatkan tulang belakang manusia.

Semua ramuan akan direbus melebihi 18 jam dengan meggunakan mesin berteknologi tinggi canggih dan terkini.

Patinya akan dipekatkan dan dijadikan biji-biji halus dan ia perlu disimpan dalam tempat yang kedap udara.

Lilin adalah cara terbaik untuk memastikan pil2 herba ni tidak terdedah kepada udara.

Terdapat logo berwarna emas pada setiap bebola lilin herba Maharani ni. Inilah tanda ketulenannya.

Back to MENU

 

 

 

KHASIAT

Sebelum kita baca khasiat2 herba Maharani ni, kak Mawar just nak korang ingat yang kaedah ni adalah ikhtiar kita semata2.

Segala penyembuhan adalah datang dari Allah juga ya.. Sambil berikhtiar, sambil2 lah kita berdoa. In sha Allah.. 

Baik.. Herba Maharani ni mampu mengekalkan kesihatan dalaman wanita secara optimum.

Bila kesihatan dalaman berada dalam  keadaan baik, kecantikan luaran turut terserlah.

Apa2 pun yang dalaman tu perlu dirawat dulu. Perbetul balik perjalanan darah, urat2 tersimpul, sendi2 yang sengal, hormon yang tak stabil, dan macam2 lagi.

Herba Maharani ni biasanya digunakan untuk merawat masalah lemah badan yang disebabkan oleh kekurangan tenaga dan darah, kelesuan pinggang dan lutut, perpeluhan dan debaran spontan, kepanasan, kitaran haid yang tidak teratur, disentri, pendarahan dalam rahim, keputihan dan sebagainya.

 

Tindakan herba Maharani ni ke atas sistem badan kita :

  • Menambahkan tenaga dan darah.
  • Menyelaras kitaran haid
  • Mengawal keputihan
  • Melegakan tekanan dan kesakitan.
  • Selain itu, Herba Maharani juga membantu menstabilkan hormon dan menambahkan peluang untuk mengandung.
  • Melegakan masalah wanita dan gadis remaja (senggugut, keputihan, peredaran haid, usaha mengelakkan kemandulan)
  • Amalan yang baik kepada wanita selepas bersalin (menguat dan mengecutkan otot rahim,  memperbetulkan saluran peranakan)
  • Melegakan sakit pinggang dan belakang, sakit sendi dan lutut, memecah dan membuang angin dari dalam badan.
  • Mengaktifkan hormon estrogen, progestron dan androgen wanita
  • Awet muda, menegang dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Menghilangkan keletihan, meningkatkan kadar metabolisme
  • Menyelesaikan masalah haid tidak teratur.
  • Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan dan kekuningan.
  • Menguatkan otot-otot rahim dan peranakan
  • Melegakan migrain, pening dan sakit kepala akibat angin dlm badan.
  • Mengetatkan saluran vagina.
  • Memberi kebahagiaan kepada pasangan.
  • Anti-penuaan dan awet muda.
  • Kecantikan dan kesuburan
  • Menegangkan payudara.
  • Menambah sel darah
  • Mengimbangi tekanan darah.
  • Menghilangkan kelesuan dan muka pucat.
  • Melancarkan peredaran darah.

 

Nahh.. perasan tak mostly ia merawat masalah2 yang sering dialami kaum wanita.

In sha Allah.. memang akan nampak perubahan yang ketara bila amalkan herba ni.

Dah beribu testimoni dan feedback positif yang kami terima dari pelanggan2 kami. Mereka sangat2 berpuas hati dengan hasilnya. 

 

 

Lagi khasiat herba Maharani Hai-O kepada kaum wanita :-

  • Menolong melancarkan peredaran darah
  • Menolong meningkatkan kesuburan dlm sistem peranakan wanita (sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat)
  • Menolong menyelesaikan masalah wanita seperti keputihan, kegatalan, senggugut, peredaran haid yang tidak teratur, menopause dan lain-lain.
  • Menolong melegakan masalah sakit pinggang, sakit belakang, sendi, lutut, migrain, angin dlm badan, lenguh2, kebas dan urat saraf
  • Membantu menegang dan memberi keanjalan pd kulit (payudara, punggung, pinggul)
    Sebagai ubat gantian utk jamu, ubat periuk semasa berpantang, menyuburkan badan selepas bersalin, mengecutkan rahim dgn cepat
  • Untuk golongan wanita yg hampir menapous, ia menolong menguatkan tulang dan daya tahan penyakit
  • Mengeratkan hubungan suami isteri
  • Mengawal selia tekanan darah,emosi dan saraf.
  • Membantu menyelesaikan masalah peranakan jatuh (prolebsis), menguatkan rahim.
  • Menyerlahkan kecantikan luaran iaitu seri muka , lebih bermaya, bersemagat, kulit halus , awet muda, dan dapat memberikan kebahagian kepada pasangan.
  • Amalan selepas bersalin - mengelak daripada kemurungan , membantu membetulkan kedudukan , ovari , rahim dan lain-lain.

 

Alhamdulillah.. semuanya dengan izin Allah juga ya. Walaupun begitu kita harus kena berikhtiar. In sha Allah, semoga Allah memberi penyembuhan kepada penyakit kita.

 

KHASIAT HERBA MAHARANI UTK KAUM IBU

Semua org tahu tugas sbg ibu sgt memenatkan.

Sekelip mata jer ibu harus boleh bertukar menjadi guru, doktor, cleaner, akauntan, driver, chef, hakim, etc..

Haa.. Ini baru tugas seorg ibu.. tugas sebagai isteri tak senarai lagi ni.. adehhh.. pengsan..!! Tabik spring utk para ibu sekelian..!!

Istimewa utk ibu2 semua.. jom kekalkan kesihatan dan kecergasan badan utk terus bertenaga memikul tanggungjawab ni yaa..

Ambil lah herba Maharani. Khasiat dia memang sgt menakjubkan. Lebih bertenaga, lebih cergas, tiada lagi sakit2 urat, sihat seluruh sistem dalaman badan.

In shaa Allah.. sgt berkesan dan mujarab. Kalau ibu jatuh sakit mmg tunggang langgang rumah jadinyer..! Betul tak?

 

 

UTK AWET MUDA

  • Menaikkan seri wajah
  • Menyelesaikan masalah kelesuan dan muka pucat
  • Melambatkan proses menopaus
  • Meningkatkan hormone estrogen, progestron dan androgen
  • Anti penuaan, awet muda, kecantikan dan kesuburan
  • Menegang dan memberi keanjalan pada kulit (payudara, ovari, kwsn perut slps bersalin dan pinggul)

 

UTK KESUBURAN

  • Meningkatkan peredaran darah
  • Mengembalikan keinginan seks
  • Memberi kebahagiaan kpd pasangan
  • Menguat dan mengecutkan (otot2 rahim, organ peranakan slps bersalin)
  • Menguatkan stamina
  • Menguatkan kaki dan badan yang lemah
  • Memperbanyakkan pengeluaran susu badan selepas bersalin
  • Pusingan haid lebih teratur
  • Menyelesaikan masalah senggugut, keputihan dan kekuningan
  • Anti bakteria (sekitar faraj)
     

MEMULIH DAN MENYEGARKAN TUBUH

  • Meningkatkan antibodi dan sistem imunisasi badan
  • Legakan sakit urat, pinggang, sendi dan lutut
  • Membantu menyingkir toksin
  • Menambah daya pertahanan tubuh terhadap persekitaran
  • Menyuburkan badan dgn menambah sel2 darah merah dan putih serta platlet
  • Menguat dan melindungi fungsi hati dan buah pinggang
  • Anti inflamasi
  • Mencegah insomnia
  • Mengimbangi tekanan darah
  • Meningkatkan kecerdasan minda
  • Sistem organ dlm tubuh berfungsi dgn lebih baik
  • Menyelesaikan masalah buasir
  • Baik utk pesakit diabetes
  • Melegakan athma
  • Menghilangkan bau mulut (terutama waktu pagi)
  • Melegakan migraine dan membuang angin dari badan 

 

Ibu2.. Cubalah satu hari ni. Memang takkan menghampakan. Urusan rumahtangga dpt dilaksanakan dgn baik sekali. Inilah rumahku syurgaku. :)

  

Back to MENU

 

 

 

CARA PENGAMBILAN

Cara pengambilan herba Maharani ni adalah seperti berikut:-

Dos atau sukatan herba Maharani yang disyorkan adalah 25-50 biji pil kecil sekali sehari.

Mulakan makan herba Maharani hari pertama selepas period (datang haid). Masa terbaik untuk makan herba Maharani ialah pada waktu pagi sebelum sarapan.

Makan mestilah bersama air suam. Herba Maharani ni mungkin agak panas bagi sesetengah orang terutama yang tidak pernah makan pil herba (tindakbalas badan yang berbeza).

Sebaiknya mulakan dengan 25 biji dan jika badan rasa panas minum banyak air kosong/mineral.

Kemudian kurangkan dos kepada 10-15 biji. Atau, boleh juga mulakan dengan 10 biji.

Kalau rasa okey (tak panas badan) boleh tambah dos kepada 15 atau 25 atau 50.

Jangan ambik kurang dari 10 biji sehari ye sebab takut kalau2 nanti tak berkesan.

Kuantiti dalam sekotak Herba Maharani = 6 bebola putih = 300 biji kecil pil herba

Jika ambil 10 biji sehari = 30 hari (waktu period jangan makan)

Jika ambil 25 biji sehari = 12 hari (habis sekotak , stop untuk bulan itu, sambung kotak baru selepas period)

Jika ambil 50 biji sehari = 6 hari (habis sekotak ,stop untuk bulan itu, sambung kotak baru selepas period)

** Sebulan amalkan satu kotak sahaja Herba Maharani. Setelah habis sekotak, hentikan makan Herba Maharani seketika hingga period seterusnya datang. Lepas period ulangi cara makan yang sama.

 

Kalau masih tak faham dan tak pasti cara nak makan, korang boleh wsapp jer tanya kak Mawar tau.. Klik jer kat link wsapp ni :    http://mawardusqie.wasap.my/

---------------------------------

Thank you customer yg dah beli herba Maharani dari kak Mawar ya..

Cuma kak Mawar nak pesan, kalau badan terasa panas dan pening2, cuba kurangkan dos yer… dan kena minum air banyak.

Actually, badan perempuan ni tak elok tau kalau sejuk dalaman. Asyik rasa seram sejuk.. silap2 boleh demam urat. Pastu keputihan pun semakin menjadi2.

That’s why kalau boleh biar badan kita ni hangat sentiasa. Bila dah ada pertahanan mcm ni, nak mkn benda2 sejuk pun tak lah ralat sangat, kan.. betul tak?

 

Back to MENU

 

 

 

TESTIMONI

Ok korang, cerita2 testimoni di bawah ni adalah benar belaka. Memang kami tanya customer kami sendiri. Alhamdulillah diorang bagai feedback yang sangat positif. Biasalaa... benda baik ni laju jer diorang sharing2.... :)

  REAL testimony !!

  QUALITY product !!

→  SATISFACTION guaranteed !!

 

 

Testimoni 1

Customer ni mengalami kitaran period yang tak teratur.

Beliau dah pergi jumpa doktor untuk nak check apa masalah beliau sebenarnya.

Doktor kata masalah hormon tak stabil dan bagi ubat hormon.

Makan ubat hormon pun tak menjadi juga. Dah 2 bulan makan tapi period tak keluar2 jugak.

Bila mula makan Maharani, period keluar bulan tu jugak. Biasa sebelum2 ni period keluar selama 13 hari. Tapi sekarang semakin normal iaitu dalam 8 hari.

Ubat hormon dah tak makan. Continue dengan Herba Maharani saja.  

 

 

 

Testimoni 2

Alhamdulillah... Asbab mengambil herba Maharani, keluar angin dari dalam badan customer ni.

Sakit2 badan semua hilang. Period pun dah semakin lancar. Badan pun dah kurang letih sekarang ni.

 

 

Testimoni 3

Customer ni pun mengalami masalah period kadang2 datang.. kadang2 tak datang.

Bulan lepas tak datang period. Belum habis sekotak ambil Maharani, period dah keluar.

So, dia terpaksa stop dulu makan herba Maharani ni dan sambung semula selepas habis period.

(Masa period jangan makan herba Maharani ni tau korang.. )

 

 

Testimoni 4

Customer ni dulu selalu sakit2 pinggang, lenguh2 dan sakit tumit kaki.

Sejak amalkan herba Maharani ni, semua sakit2 yang dialami tersebut semakin berkurangan dan beransur pulih.

Customer ni sampai claim yang herba Maharani ni boleh ganti ubat sakit urat sbb melegakan sakit urat beliau.

 

 

Testimoni 5

Customer ni pun mengalami masalah kelancaran period. Kadang2 datang... kadang2 tak datang.

Asbab mengambil herba Maharani, boleh nampak perubahan dengan ketara.. period datang tepat pada waktunya setiap bulan. Alhamdulillah..

 

 

Testimoni 6

Customer ni mengalami sengal2 badan dan setiap pagi nak bangun pagi mesti sakit pinggang.

Alhamdulillah, asbab makan herba Maharani, baru 2 minggu jer dah rasa kesannya.

Sengal2 badan beliau dah berkurangan... dan yang paling best sekali ialah bila bangun pagi dah tak sakit pinggang. Syukur sangat !!

 

 

Testimoni 7

“Sy ambil 20 biji dah skrg kak. Tp husband sy suka.. huhuhu.. Panas bagus & mmg rapat la kak. Feedback husband pun bagus.. mcm baru kawen katanya…”


Haa.. bukan kita jer yg rasa kesan herba Maharani ni tau. Husband pun turut merasainya. 

Biasa la kan, kita sbg wanita, lagi2 kalau yg dah bersalin, mmg fizikal tu dah tak sama dah spt anak dara dulu. 

Nak kata tua.. hmm.. baru nak masuk 3 series kutt… ‘Barang’ nak guna lama lagi.. mmg nak kena jaga elok2. 

Bukan stakat ketatkan MissV jer.. malah mcm2 lagi perubahan positif yg korg akan rasa bila consume herba ni. 

Akak tak nak ler cerita lebih2. Cuba dulu baru tahu korang !!! Korg try jer dulu, pastu nnt korg yg cerita balik kat akak eh.. haha..

 

 

Testimoni 8

"Aduuhh... Tersipu2 malu akak bila En.Suami pulak yg promote kehebatan Maharani ni kat kwn2 dia.." - pelanggan yg berpuas hati.

.
"Keputihan dan bau hanyir hilang sama sekali. Dah tak rasa risau bila bersama hubby. Best lah..!! " - shima, 45, pekerja kilang

.
"Dulu bangun pagi sakit urat. Sekarang sakit urat tiada lagi. Baru sekali ambil. Sgt bagus..!!" - Uma, 40.

--------------------------------.

Special utk ibu2 semua..!! Badan anda rasa lenguh2, cepat letih, lemau, tak bermaya…?? Cuba amalkan herba Maharani ni.

Ia sebenarnya membantu perbetulkan balik urat2 yg dah bersimpul dan kembang tu. Badan tak lagi rasa seram sejuk mcm nak demam. Sentiasa hangat dan bertenaga.

Bila dalaman dah sihat, automatik akan terpancar pada luaran.. wajah dah tak lagi pucat.. malah berseri dan glowing. Awet muda wehhh…!!!

Jom ibu2, kita rawat balik badan tu ya. Jgn malu2 dan segan..

 

 

Testimoni 9

PULIH BALIK SISTEM PERANAKAN DAN MISS V

Bila nurse yg buat pap smear tu teragak2 tanya… “Akak ni anak baru sorang ker..?”… padahal dah 4 org… mcm tak percaya pula. Terkejut nurse tu. Akak senyum jer...

Haa… kan dah kata.. herba Maharani ni boleh betulkan balik sistem peranakan dan Miss V wanita.

Miss V dah tak pucat, tak hanyir, tiada keputihan… Badan kita pun jadi cergas dan bertenaga semula.

Kena jaga betul2 yer, adik2, kakak2... ‘barang’ ada satu ni jer... nak guna lama pula tuu…

Jom lah kita rawat sebelum terlambat.

 

Testimoni 10

"ASALNYA AMBIL MAHARANI NI SBB PERIOD TAK TERATUR… Mana tau, dapat pulak bonus lain lagi..!!

Wajah jadi berseri kemerahan, hubungan suami isteri semakin intim, badan jadi cergas dan bertenaga. WOWW.. sungguh..!! sy suka sgt..!! Mmg ketara sgt kesan dia..."

Haa.. bestkan testimoni ni.. In sha Allah, asbab maharani, badan seperti kena servis balik, tau korang.

Apa yg tak betul, mmg dia kasi align semula. No more sakit2 urat, urat kembang, sengal2 badan dah..

Pendek kata mmg terbaiklah utk wanita. Biar kekal cergas sihat dalaman dan luaran walau sampai ke usia tua.

Nak kesan yg lebih umphh, lebih baik start makan dari usia muda lagi…

Jgn tunggu sampai masalah semakin melarat, dik..

Wsapp jer kak Mawar tau…

 

 

Back to MENU

 

 

 

HARGA DAN CARA ORDER

 Harga sekotak Maharani : RM 114 (free pos)

Cara order, wsapp jer kak Mawar di link wsapp ini :    http://mawardusqie.wasap.my/ 

 

Back to MENU

 

 

 

AGENT DIPERLUKAN

Agent diperlukan. Kak Mawar sekarang sedang mencari agent di seluruh Malaysia atau negara2 jiran.

Boleh jer kalau nak jadi dropship, part time atau full time. Team kak Mawar akan ajar dari A sampai Z. 

In sha Allah... pengisian bab2 ruhaniah amat dititik beratkan sebab yang bagi rezeki ni tidak lain dan tidak bukan, hanyalah Allah.

Bila betul jalannya, in sha Allah, rezeki memang datang dari sumber yang tak disangka2.

Berminat nak jadi agent ? Wsapp jer kak Mawar di:    http://mawardusqie.wasap.my/ 

Back to MENU